Mengenai Banci Ekonomi

Banci Ekonomi (BE) 2026 merupakan banci keenam yang dilaksanakan, bertujuan mengumpulkan maklumat komprehensif mengenai prestasi dan struktur ekonomi sehingga ke peringkat daerah pentadbiran bagi tahun rujukan 2025. Banci ini meliputi semua sektor ekonomi dan buat pertama kalinya turut merangkumi sektor informal, sekali gus menyediakan gambaran landskap ekonomi negara yang lebih menyeluruh

Tema Banci Ekonomi 2026

Tema ini menggambarkan peranan penting data sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi yang inklusif bagi semua rakyat Malaysia.

Info Banci
Asas Perundangan

Dilaksanakan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Seksyen 5 mengkehendaki setiap pertubuhan memberikan maklumat sebenar.

Tempoh Operasi Banci Ekonomi

Pengumpulan data bermula 5 Januari 2026 hingga 31 Oktober 2026 melibatkan Tahun Rujukan 2025.

Liputan Banci Ekonomi

Merangkumi sektor Pertanian, Perlombongan, Pembuatan, Pembinaan, dan Perkhidmatan (kecuali sektor kerajaan).

Mengapa Respon Anda Penting?

  • Mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai tambah, guna tenaga dan profil ekonomi.
  • Mengenalpasti industri dan produk baharu dalam sektor ekonomi.
  • Menyediakan penandaarasan baharu bagi statistik ekonomi.
  • Meningkatkan kapasiti statistik negara serta memperkasa pangkalan data ekonomi Malaysia.