Mengenai Banci Ekonomi

Banci Ekonomi merupakan penghitungan menyeluruh terhadap semua pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia.

Dijalankan setiap lima tahun sekali, banci ini berfungsi sebagai instrumen utama negara untuk mengumpul data terperinci mengenai struktur, aktiviti, dan prestasi ekonomi bagi setiap sektor.

Tempoh Operasi Banci Ekonomi 2026

Pengumpulan data dijadualkan bermula pada tahun 2026 melibatkan Tahun Rujukan 2025.

Info Banci
Asas Perundangan

Dilaksanakan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Seksyen 5 mengkehendaki setiap pertubuhan memberikan maklumat sebenar.

Liputan Sektor

Merangkumi sektor Pertanian, Perlombongan, Pembuatan, Pembinaan, dan Perkhidmatan (kecuali sektor kerajaan).

Tujuan Utama

Menilai pencapaian RMKe-12, mengenal pasti punca pertumbuhan baharu, dan menjana statistik peringkat daerah.

Mengapa Respon Anda Penting?

  • Menjana statistik ekonomi baharu negara.
  • Mendapatkan penanda aras (benchmark) baharu ekonomi.
  • Meningkatkan kapasiti data raya (Big Data) negara.
  • Membantu kerajaan dalam penggubalan dasar pembangunan.
  • Menyediakan input bagi penyediaan Akaun Negara.
  • Menilai keberkesanan rancangan pembangunan nasional.

Dasar Kerajaan

Pelaksanaan Banci Ekonomi menyokong dasar ekonomi, sosial dan pembangunan negara antaranya:

DASAR KEUSAHAWANAN NASIONAL 2030
6 muat turun
Selanjutnya
GREEN TECHNOLOGY MASTER PLAN MALAYSIA 2030
3 muat turun
Selanjutnya
HALAL INDUSTRY MASTER PLAN 2030
3 muat turun
Selanjutnya
MALAYSIA DIGITAL ECONOMY BLUEPRINT
4 muat turun
Selanjutnya
MALAYSIA SOCIAL ENTREPRENEURSHIP BLUEPRINT 2030
3 muat turun
Selanjutnya
DASAR TVET NEGARA 2030
3 muat turun
Selanjutnya
NATIONAL ENERGY POLICY 2022-2040
3 muat turun
Selanjutnya
NATIONAL TOURISM POLICY 2020-2030
3 muat turun
Selanjutnya
NEW INDUSTRIAL MASTER PLAN 2030
4 muat turun
Selanjutnya
RANCANGAN MALAYSIA KE-13 2026-2030
2 muat turun
Selanjutnya